Akar yang berasal dari perut bumi perlu dikorek dalam mencungkil rahsia khasiatnya. Ia perlu dicanangkan kepada generasi kini bahawa rahsia akar kayu itulah yang menjadi penawar dan racun kepada orang-orang kita sejak berkurun lagi. Bahkan masyarakat bangsa lain di seluruh dunia juga banyak mengamalkan perubatan daripada akar kayu.
Maka wujudnya blog ini dengan membawa cerita berkait jenis-jenis akar kayu serta perubatan untuk setiap jenis akar kayu itu. Dalam memaparnya kami akan cuba turut sama meredah hutan rimba mencari akar kayu. Terlanjur berada di hutan kami juga akan sentuh jenis-jenis pokok balak dan lain-lain tumbuhan yang turut digunakan untuk perubatan.
Di samping itu kami juga akan paparkan profil pencari akar kayu, pengusaha herba akar kayu serta pengamal perubatan akar kayu. Sebolehnya kami akan cuba paparkan proses setiap jenis akar kayu yang akan dijadikan jamu atau ubat kapsul.
Sebagai selingan santai akan turut paparkan profil-profil ranger Pejabat Perhutanan pada era pemerintahan British di Tanah Melayu.
Last but not least kata Orang Putih, kami juga akan selitkan tunggul-tunggul akar kayu yang dibaik-pulih sebagai hiasan rumah dan pejabat.